allahuma ya muqollibalquluub

Ya Allah, aku mohon secebis hidayah darimu janganlah engkau jadikan ilmu yg dimiliki oleh diriku ini sebagai hujah terhadap diriku akan tetapi aku mohon darimu setitis belas kasihan dari selaut rahmat kasih sayangmu agar ilmuku ini akan menjadi pembelaku di hari pembalasan kelak

Jumaat, 20 Julai 2012

hamba rabbaniyyun vs hamba ramadhaniyyun

 hamba rabbaniyyun vs hamba ramadhaniyyun 

                         
                                 عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
                                                    اَذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ اَبْوَابُ الرَّحْمَةِ
                                                  وَغُلِّقَتْ اَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِيْنُ    
                                          Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
                                          Rasulullah s.a.w. bersabda :
                                 "Apabila telah ada bulan Ramadhan pintu rahmat dibuka,
                                          pintu neraka dikunci dan syaitan-syaitan dirantai."
                                          Hadis sahih riwayat Muslim

       ramadhan adalah suatu bulan yang merupakan hadiah dari Allah S.W.T kepada hamba2 nya soleh yang sentiasa menanti kedatangan bulan ini..namun adakah kita ini tergolong dalam kalangan hamba yang rabbaniyyun atau hanyalah hamba yang ramadhaniyyun..
      hamba yang ramadhaniyyun adalah manusia yang melihat pada bulan ramadhan sebagai bulan yang memenatkan yang meletihkan badan mereka akibat dari laparnya dan dahaganya mereka..dan apabila bersahur mereka bersahur dengan banyak seolah2 ape yang di sahurkan itu akan menolong mereka agar mereka tidak keletihan dan juga tidak kelaparan di siang hari..dan apabila mereka berbuka puasa mereka membeli makanan dengan membazir seolah2 itulah ifthar terakhir mereka..seolah2 mereka tidak akan hidup lagi keesokan harinya..
            hamba yang rabbaniyyun ialah hamba yang berpuasa seolah inilah ramdhan yang terakhir baginya..seolah2 ini lah peluang terakhir baginya untuk menacari keredhaan dalam berpuasa..sahurnya sedikit dan lewat pula waktunya,,sahur yang berpada2 agar disiang hari dapat merasa sedikit kelaparan sebagaimana orang2 yang sentiasa dalam kelaparan..sesuai dengan sabda nabi :




                                              عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ                       
                                     تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
                 ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلاَةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا قَالَ خَمْسِينَ آيَةً 


mafhumnya :dari zaib bin tsabit RA katanya..kami makan sahur bersama RAsulullah S.A.W dan kemudian itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh..saya (anas ) bertanya: berapa lamakah jarak antara keduanya (sahur dengan solat)..maka menjawab zaid : selama (membaca) 50 ayat


golongan rabbaniyyun ini bila berbuka mereka akan berbuka dengan kadar yang sederhana..tidak membazir sekalipun tidak terlalu sedikit..bagi mereka mencari keredhaan Allah itu yang lebih utama..mereka menyambut kedatangan ramdhan dengan penuh tawadhuk dan gembira mereka gembiranya menerima sebuah hadiah yang penuh dengan ganjaran dan pahala akan tetapi golongan ramadhaniyyun gembira mereka gembiranya menerima bulan ramadhan yang ada aneka juadah makanan dan juga kerana akan menyambut hari raya di kemudian hari


   berkata ibnu athoillah dalam kitab hikamnya..dalam beribadat ini tiada istilah mendahulukan sahabat atau mendahulukan orang lain kemudian kita..dalam ibadat kita yang harus berada didepan..dalam bulan yang penuh ganjaran ini yang penuh dengan janji dari Allah ini maka mari lah sama2 berusaha untuk menggapai hadiah dari Allah..setiap amalan di gandakan dengan 10 kali gandaan..yang sunat di awjibkan yang wajib lebih2 di uatamakan..yang makruh diharamkan yang haram lebih2 dijauhkan..wajibkan membaca Al-Quran dan tinggalkan yang pekara yang melalaikan..berkata ulama tiada bersatu yang haram dan halal di atas satu bekas..jika rokok di mulut maka pahala Al-Quran tidak akan berada di situ dan jika kamu ingin AL-quran di mulut bersama dengan pahala maka haramkan rokok..


bersabda Rasulullah S.A.W:


كل عمل ابن آدم له ، إلا الصوم فإنه لي ، وأنا أجزي به ، والصيام جنة ، فإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولايصخب ، فإن سابه أحد أو قاتله ، فليقل إني صائم ، إني صائم ، والذي نفس محمد بيده  لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك ؛ للصائم فرحتان يفرحهما: إذا أفطر فرح بفطره ، وإذا لقي ربه فرح بصومه

Mafhumnya: “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya, melainkan puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku yang akan memberi balasan dengannya, puasa itu adalah perisai, maka paaada hari yang seseorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah dia bercakap keji, dan meninggikan suara (seperti orang bodoh). Jika ada seseorang yang mencelanya atau berkelahi dengannya, maka hendaklah dia mengatakan: sesungguhnya aku seorang yang berpuasa. Demi zat yang jiwa Muhammad berada dalam gengamanNya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harus di sisi Allah berbanding mau kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu pula dua kegembiraan, iaitulah ketika dia berbuka, dia bergembira dengan berbuka puasa, dan ketika bertemu dengan Tuhannya dia bergembira dengan puasa yang ditunaikannya.”  (Lafaz ini adalah berdasarkan riwayat al-Bukhari) dalam riwayat lain di sisi al-Bukhari juga: