allahuma ya muqollibalquluub

Ya Allah, aku mohon secebis hidayah darimu janganlah engkau jadikan ilmu yg dimiliki oleh diriku ini sebagai hujah terhadap diriku akan tetapi aku mohon darimu setitis belas kasihan dari selaut rahmat kasih sayangmu agar ilmuku ini akan menjadi pembelaku di hari pembalasan kelak

Ahad, 15 Januari 2012

kita adalah bersaudara

salamullahi alaikum warahmatullhi wabarakatuh

alhamdulillah sejak bulan lepas hingga hari ini..udah lame saya xupdate blog upe2 nyee..agak sibuk dengan minggu baru sem baru tahun bru dan juga mungkin wa insyaAllah azam baru..berfirman Allah dalam surah al hujurat surah yang ke 49..juzu' 16..M/S 515 dan ayat yang ke 10 iaitu :

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.


dan juga hadis nabi iaitu :


Nabi saw bersabda: " Tidak sempurna iman seseorang dari kamu itu, sehingga ia berasa suka saudaranya medapat apa yang disukai untuk dirinya sendiri".

-(HR Bukhari dan Muslim)



  melalui kedua dua nas di atas...saya ingin mengajak sahabat2 sekalian merenung sejenak dan menghisab diri kita sendri adakah kita termasuk dalam dua golongan dia atas..golongan yang pertama adalah golongan yang mendamaikan dua hamba Allah yang bergaduh..dan juga golongan yang kedua makan kata golongan yang menyayangi saudara mereka umpama menyayangi diri sndri..adakah kita sudah termasuk dalam golongan golongan ini atau kita sedang berusaha untuk tergolong sekali dalam kalangan golongan ini..diam sejenak tanya lah hati kecil kamu..jawab lah sendiri
  
  mu'min dengan mu'min yang lain bersaudara..saling merasai..saling menolongi..saling berkasih sayang kerana Allah..jika anda seorang pelajar..anda akan menegur sahabat anda jika dia berbuat salah dan anda tidak akan mencela mencaci akan kekurangan sahabat anda itu..jika anda rakan sekerja anda tidak akan menikam sahabat anda dari belakang..jika anda sahabat dalam fb sekalipun..anda xkan ada rasa ragu2 untuk berkata benar walupun anda akan di block untuk selama lamanya..kenapa saya berkata demikian..adalah kerana kita bersaudara..jika sahabat kita membuat salah..maka kita akan turut serta di persalahkan di akhirat kelak..jika sahabat kita sakit merana maka hati kita turut merana rasa sakit..jika kita tidak merasa sedemikian..maka hati kita sudah rosak..hati kita busuk dengi terhadap saudara kita..


  jika sahabat2 sekalian melihat sahabat yang lain dalam kesusahan maka tolong lah..tinggalkan dulu pekerjaan kamu..keran entah esok entah lusa kamu pula yang berada dalam kesusahan maka..maka sahabat2 yang lain kan tolong kamu pula..Allah itu maha adil..dia akan membalas setiap kebaikan yang kamu lakukan dengan rahmat dan al rahim yang di milikinya..setiap saat setiap detik kamu bersama sahabat..kamu xkan merasai nikmat kemanisan nikmat indah nya bersahabat..akan tetapi bila anda berpisah baru lah anda akan tahu betapa nikmat kemaanisan dalam bersahabat akan terasa..makan tido bersama..bermain bersama sama..pada saat pada waktu anda berpisah ituu lah anda akan merasai kenikmatan dalam bersaudara..


  sebelum saya menutup bicara pada hari ini..saya berharap shabat2 saya sekalian..sayangi lah sahabat2 kamu selepas kamu menyayangi ibu bapa kamu..kerana mungkin dengan kasih sayang kamu terhadap saudara kamu itu makan kamu kan mendapat rahmat Allah ta'ala seterusnya kamu akan memasuki syurga tnpa hisab..Allah Allah Allah...Allahu akbar kabeira..Allahumma amein..........

Tiada ulasan: