allahuma ya muqollibalquluub

Ya Allah, aku mohon secebis hidayah darimu janganlah engkau jadikan ilmu yg dimiliki oleh diriku ini sebagai hujah terhadap diriku akan tetapi aku mohon darimu setitis belas kasihan dari selaut rahmat kasih sayangmu agar ilmuku ini akan menjadi pembelaku di hari pembalasan kelak

Jumaat, 23 Disember 2011

demi masa


salamullahi alaikum
salam hari segala penghulu hari..salam hari yang penuh keberkatan..sudah lame xkujenguk blog hamba yang dhaif lagi hina ini..pada hari ini akan ku bicarakan pada surah al asr..

 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. وَالْعَصْرِ
     Demi masa.
  2. إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
     Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
     kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

   tentu sudah ramai yang tahu akan surah ini dan aku yakin bahawa sudah ramai yang hafal surah ini kerana amalan nya dengan makna kata yang lain amalan membaca surah ini pada setiap kali penutupan majlis ilmu..malah aku juga yakin ramai yang sudah tahu tentang surah ini yang membicarakan tentang masa..namun sampai bilakah anda semua hanya saa nya tahu surah ini berkaitan masa dan tidak ingin beramal dengan wahyu yang mulia ini..

   sedar xsedar rakan2 sahabat aku semua kini usia kita sudah menjejak umur yang remaja dan xsalah jika aku katakan ada yang dah tua yeer..hari demi hari berlalu tanpa ada sekatan..masa semakin cepat berlalu namun adakah kita sedar bahawa masih banyak perkara yang belum kita tunaikan..janji kita kepada Allah untuk jadi hamba yang bertaqwa..janji kita kepada Ibu Bapa untuk menjadi anak yang soleh..janji kita kepada diri kita sendiri untuk menjadi insan yang berguna..adakah anda sudah menghitung berapa banyakkah janji yang kita sudah tunaikan..adakah kita solat cukup 5 waktu sehari di awal waktu pula..adakah selepas kita solat kita tanpa rasa lenguh berdoa kepada kedua ibu bapa kita dengan penuh linangan air mata..adakah kita bangun di awal pagi hari untuk bertahajjud untuk bekalan kita sendiri..adakah anda sedar bahawa umur kita ini hanya lah antara azan dan iqomat shaja..kita lahir di azan kan kemudian bila meninggal kita hanya di iqomatkan..fikirkanlah nerapa lame jarak antra dua waktu itu

   ayat yang terakhir membawa arti sabar dalam melakukan kebenaran dan dalam mentaati perintah Allah..kenapa Allah bekata begitu apakah kaitan dengan masa..melakukan kebenaran tidak semestinya kamu pergi berjihad dan tidak semestinya kamu keluar mencegah maksiat semata mata..berubah ke arah kebaikan seperti berusaha pakai tudung labuh meninggakan tudung yang singkat bagi wanita dan berusaha solat berjemaah di masjid bagi lelaki juga termasuk dalam melakukan kbenaran dan mentaati kebenaran itu dan bersabar dalam melakukan dalam usia kita mentaati kebenaran itu..dan dalam usaha kita sabar itu lah wujudnya konteks masa yang Allah firmankan pada awal surah ini..sabar itu menuntut masa yang panjang..bukan sekejap sahabat2 aku sekalian..oleh itu pada hari yang memiliki keberkatan ini aku mengajak sahabat2 sekalian bersabar lah dalam usaha anda semua ingin berubah bergerak ke arah kebaikan

wallahu a'lam
 

Tiada ulasan: