allahuma ya muqollibalquluub

Ya Allah, aku mohon secebis hidayah darimu janganlah engkau jadikan ilmu yg dimiliki oleh diriku ini sebagai hujah terhadap diriku akan tetapi aku mohon darimu setitis belas kasihan dari selaut rahmat kasih sayangmu agar ilmuku ini akan menjadi pembelaku di hari pembalasan kelak

Sabtu, 20 Oktober 2012

layakkah aku



bila sebut kalimah Baitullahilharam
xkira lah musim haji atau musim2 lain
semua pakat dok sebut
semoga aku layak untuk jejak kaki kesana
tapi
ada ke x anda2 semua dan juga diriku jua
fikir tilik tenung dan hisab diri sndri
apakah aku layak untuk jejak kaki sana
adakah aku sudah bersih hati sudah bersedia
tamsilanku
apakah kiranya wahai saudaraku sekalian
jika raja buat rumah terbuka sekali dalam setahun
200juta rakyat dari pelosok negeri
berebut nk hadir pada hari tersebut
sekali setahun 40hari shaja plak tu
ada yang berkusta di muka..sopak di kaki
xkurang yang tempang dan yang kudung
dan
ada juga yang segak elok wajahnya tertib pula pekertinya
pakain yang indah tiada tanding
yang manakah yang bakal di jemput dahulu??
sudah pasti yang 2 juta terrbaik
sudah yang yang terrbaik sahaja yang di jemput
xkira musim mane hanya yang terbaik sahaja
"ghufranaka yaa Allah"

~akhi elzarkasyi~
201012

Jumaat, 3 Ogos 2012

                     janji ayah vs janji Allah


salam ramadhan kareem

      syukur ke hadhrat Allah dan selwat ke atas junjungan besar rasulullah..apa khabar sahabat dan apa khabar dengan puasa kamu wahai sahabat..cemerlang gemilang atau terbilang kah..semoga sahabat2 semua mendapat ganjaran yang berlipat ganda sebagaimana hadis nabi yang bermafhum :


  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith


      ketika kita kecik2 dulu ayah kita selalu jer kata "kalau adik dapat poso penuh maka ayah akanbagi upah kat adik sebyak sekian sekian hadiah..xkira lah duit ke pakaian ke " maka kita akan berpuasa xkira letih ke dak asal dapat duit..itu masa kita kecik..kini kita dah besar dan aa tanggungjawab..janji Allah lebih besar lebih bernilai dari upah yang ayah kita janji dulu..danjanji Alah itu tepat..oleh itu apakah kita xmahu menyahut cabaran Allah dengan upah 
yang bernilai itu

       sabda nabi yang bermafhum awal puasa itu rahmah pertengahan itu keampunan dan pengakhiiran itu pembebasan dari api neraka..kita kini di alam pertengahan..alam keampunan yang di janjikan Allah menerusi sbda nabi..keampunan ini jangan hanya ringan di mulut tapi perlu di ringankan juga dengan amalan kita..solat teraweh dan qiamullail di pagi hari..bangun baca quran pom di kira qiam..bangun study pom qiam..setiap amalan yang berpahala itu di kira sbgai qiam akan tapi yang lebih terutama ialah bangun solat mlm

       akhirnya diri ini menyeru diri sndiri dan sahabat sekalian..teruskan berjuang hingga ke akhir ramdhan..jika study kita rela hingga ke kahir sem hadhir kelas hadir seminar maka ramdhan juga kita kena lebihkan usaha dan amal agar kita tergolong dalam kalangan manusia yang tidak di kenali penduduk bumi tapi di kenali oleh penduduk langit

Jumaat, 20 Julai 2012

hamba rabbaniyyun vs hamba ramadhaniyyun

 hamba rabbaniyyun vs hamba ramadhaniyyun 

                         
                                 عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
                                                    اَذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ اَبْوَابُ الرَّحْمَةِ
                                                  وَغُلِّقَتْ اَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِيْنُ    
                                          Dari Abu Hurairah r.a. katanya :
                                          Rasulullah s.a.w. bersabda :
                                 "Apabila telah ada bulan Ramadhan pintu rahmat dibuka,
                                          pintu neraka dikunci dan syaitan-syaitan dirantai."
                                          Hadis sahih riwayat Muslim

       ramadhan adalah suatu bulan yang merupakan hadiah dari Allah S.W.T kepada hamba2 nya soleh yang sentiasa menanti kedatangan bulan ini..namun adakah kita ini tergolong dalam kalangan hamba yang rabbaniyyun atau hanyalah hamba yang ramadhaniyyun..
      hamba yang ramadhaniyyun adalah manusia yang melihat pada bulan ramadhan sebagai bulan yang memenatkan yang meletihkan badan mereka akibat dari laparnya dan dahaganya mereka..dan apabila bersahur mereka bersahur dengan banyak seolah2 ape yang di sahurkan itu akan menolong mereka agar mereka tidak keletihan dan juga tidak kelaparan di siang hari..dan apabila mereka berbuka puasa mereka membeli makanan dengan membazir seolah2 itulah ifthar terakhir mereka..seolah2 mereka tidak akan hidup lagi keesokan harinya..
            hamba yang rabbaniyyun ialah hamba yang berpuasa seolah inilah ramdhan yang terakhir baginya..seolah2 ini lah peluang terakhir baginya untuk menacari keredhaan dalam berpuasa..sahurnya sedikit dan lewat pula waktunya,,sahur yang berpada2 agar disiang hari dapat merasa sedikit kelaparan sebagaimana orang2 yang sentiasa dalam kelaparan..sesuai dengan sabda nabi :




                                              عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ                       
                                     تَسَحَّرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
                 ثُمَّ قُمْنَا إِلَى الصَّلاَةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ قَدْرُ مَا بَيْنَهُمَا قَالَ خَمْسِينَ آيَةً 


mafhumnya :dari zaib bin tsabit RA katanya..kami makan sahur bersama RAsulullah S.A.W dan kemudian itu kami berdiri untuk menunaikan solat subuh..saya (anas ) bertanya: berapa lamakah jarak antara keduanya (sahur dengan solat)..maka menjawab zaid : selama (membaca) 50 ayat


golongan rabbaniyyun ini bila berbuka mereka akan berbuka dengan kadar yang sederhana..tidak membazir sekalipun tidak terlalu sedikit..bagi mereka mencari keredhaan Allah itu yang lebih utama..mereka menyambut kedatangan ramdhan dengan penuh tawadhuk dan gembira mereka gembiranya menerima sebuah hadiah yang penuh dengan ganjaran dan pahala akan tetapi golongan ramadhaniyyun gembira mereka gembiranya menerima bulan ramadhan yang ada aneka juadah makanan dan juga kerana akan menyambut hari raya di kemudian hari


   berkata ibnu athoillah dalam kitab hikamnya..dalam beribadat ini tiada istilah mendahulukan sahabat atau mendahulukan orang lain kemudian kita..dalam ibadat kita yang harus berada didepan..dalam bulan yang penuh ganjaran ini yang penuh dengan janji dari Allah ini maka mari lah sama2 berusaha untuk menggapai hadiah dari Allah..setiap amalan di gandakan dengan 10 kali gandaan..yang sunat di awjibkan yang wajib lebih2 di uatamakan..yang makruh diharamkan yang haram lebih2 dijauhkan..wajibkan membaca Al-Quran dan tinggalkan yang pekara yang melalaikan..berkata ulama tiada bersatu yang haram dan halal di atas satu bekas..jika rokok di mulut maka pahala Al-Quran tidak akan berada di situ dan jika kamu ingin AL-quran di mulut bersama dengan pahala maka haramkan rokok..


bersabda Rasulullah S.A.W:


كل عمل ابن آدم له ، إلا الصوم فإنه لي ، وأنا أجزي به ، والصيام جنة ، فإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولايصخب ، فإن سابه أحد أو قاتله ، فليقل إني صائم ، إني صائم ، والذي نفس محمد بيده  لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك ؛ للصائم فرحتان يفرحهما: إذا أفطر فرح بفطره ، وإذا لقي ربه فرح بصومه

Mafhumnya: “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya, melainkan puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku yang akan memberi balasan dengannya, puasa itu adalah perisai, maka paaada hari yang seseorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah dia bercakap keji, dan meninggikan suara (seperti orang bodoh). Jika ada seseorang yang mencelanya atau berkelahi dengannya, maka hendaklah dia mengatakan: sesungguhnya aku seorang yang berpuasa. Demi zat yang jiwa Muhammad berada dalam gengamanNya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harus di sisi Allah berbanding mau kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu pula dua kegembiraan, iaitulah ketika dia berbuka, dia bergembira dengan berbuka puasa, dan ketika bertemu dengan Tuhannya dia bergembira dengan puasa yang ditunaikannya.”  (Lafaz ini adalah berdasarkan riwayat al-Bukhari) dalam riwayat lain di sisi al-Bukhari juga:

Jumaat, 8 Jun 2012

apakah khidmat kita kepada islam

apakah khidmat kita kepada islam

assalamualaikum W.B.T

      salam hari jumaat kepada semua sahabat2 sekalian..bersyukur terhadap Allah kerana masih memberi peluang kepada diriku khususnya dan anda semua juga bernafas begerak bermuamalat dan membaiki amalan2 kita pada hari ini..

     sempena bulan rejab ini suka sekali saya ingin  bertanya dan memesan kepada diriku sndri dan juga sahabat apakah khidmat kita apakah jasa kita apakah budi kita kepada islam..jika hak kepada sahabat ialah mendoakan kebaikan kepada sahabat,,menziarahi ketika sakit dan banyak lagi sbgamana hadis nabi yang mulia 

         " Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, 
                       maka Malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga.”

     akan tetapi apakah hak kita kepada agama kita..kita selalu melihat ramai yang post pasal islam pasal menutup aurat pasal berkhidmat kpda agama akan tetapi apakah kita tidak perasan kadg2 kita sndri yang menjadi asbab terhinanya islam..sbgai contoh..contoh saje yer
kita rasa kita lah muslimah sejati..kita lah muslimah warisan dengan pakai tudung labuh dan xkurang ada yang berpurdah..namun adakah kita persaan atau tidak bila kita bercelak dengan tebal..konon2nya ingin mengikut sunnah namun tanpa sedari ia dah jadi fitnah..kadg2 pakai tudung dah cantik dah elok namun baju yang di pakai itu kainnya adalah dari jenis yang melekat pada kulit  tanpa kita sedari ia sudah jauh dari syariat islam..kadang2 juga bukan main lagi tudung besar lebar nk tutup rambut konon2 nya tapi sanggulan rambut pulak tinggi sehingga kita dah termasuk dalam golongan hadis nabi 

 "Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.”(Riwayat Muslim)."

      ada juga sesetengah golongan yang mengaku dengan banggaynya sekolah agama..belajar agama secara khusus..dan selalu pergi masjid tapi xpnah melambangkan bhwa mereka llusan sekolah agama..mana tidaknya bergambar dengan bangga sekali..bertudung tapi rambut nampak..pakai baju tapi ketat..pakai baju dah longgar tapi tapi nmpak aurat..bangga gamaknya kot..sedarlah bahawa dalam peristiwa israk mikraj pada itu nabi ada menggambarkan wanita yang di siksa dengan siksa yang amat pedih penuh azab..bergmbar boleh sajer tapi cukuplah sekdar gambar yang simple dan sekdar untuk melepaskan rindu family kita dan bukanya gmbar yang tidak menutup aurat dan grand2 untuk melampias nafsu mata yang melihat..

     xadil kurasa jika hanya wanita yang di tegur..wahai hamba Allah yang bernama lelaki..adakah kamu hanya berbangga dengan title yang dikurniakan oleh Allah

                    "sesungguhnya lelaki itu lebih kuat dari golongan wanita"

akan tetapai kamu tidak menunjukkan bahawa kamu adalah yang terbaik yang gagah perkasa dari wanita..aku menyeru diriku dan sahabat sekalian agar kita sebagai golongan yang dimuliakan Allah dengan title yang di sebut khusus dalam Al-Quran agar belajar ilmu agama..agar banyak solat berjemaah di masjid..jika di bilik asrama atau rumah sewa kita lah imam..jika di rumah kita lah imam atau kita lah yang pertama ke masjid..sedar lah jika wanita itu berdosa dengan tidak menutup aurat kita lebih berdosa kerana tidak menegur..jika isteri kita nnt jahil agama kita lebih jahil kerana xmmpu mengajar mereka..jika mereka wanita banyak tanggungjawab kita lelaki lebih banyak tanggungjawab..oleh itu sahabat2 sekalian persiapkan lah diri dengan bekalan agama yang secukupnya dan semoga hidup kita lebih di rahmati Allah..jangan sekdar ingin bergembira shaja..sesungguhnya setiap diri kamu itu adalah pemimpin dan kamu akan di soal bagi setiap pimpinan itu..diri kita adalah pemimpin bagi mata bagi telinga bagi lain2 lah..akhirat kelak kita akan di soal kemanakah mata kita nengok telinga kita kaki kita dan semua sekali..akhirnya semoga apa yang ku tulis ini membawa manfaat kepada kita semua..selamat beramal kawan..jika diri ini salah sila lah tegur..aku bukan lah yang terbaik dalam kalangan kalian
   

Khamis, 23 Februari 2012

cintailah sahabat kamu

assalamu alaikum WBT

  ku nukilkan kalimah demi kalimah..bait demi bait ini untuk sahabat baik ku..mohammad fauzan mohd zaki..aku berdoa semoga roh mu tenang di sana..semoga roh mu bersama dalam kalangan orang yang beriman..semoga dirimu akan masuk syurga anpa hisab..ya Allah jadikan lah kubur nya sebagaian dari taman2 syurga dan jangnlah jadikan kuburnya itu sebagian dari jurang2 neraka..
  mungkin aku bukan lah sahabat terbaik yang prnah dimiliki oleh mu..tapi bagi diriku kamu adalah seorang insan yang amat baik yang amat periang yang pnah ku kenali,,masih ku ingat semasa kita skulah rendah..engkau adalah seorang yang amat rajin belajar yang amat bersemangat bila buat sesuatu..masih ku ingat lagi bila guru bagi kerja sekolah dirimu lah antra yang terbaik..masih ku ingat lagi bila aku..kamu dan ramai lagi yang selalu datang rumahku untuk belajar sama2 dan kita selalu makan sama2 sebelum balik di rumah..akan ku kenang saat itu sampai bila2..sahabat..saat aku mengenalimu adalah saat yang paling manis
  masih ku ingat lagi..bulan lepas..kamu bersungguh2 nak dengar pengalaman aku berada di makkah..tapi aku beralasan..selalu ada kejo..selalu ada hal..tapi aku harap dirimu tahu bahawa setiap hari ku tunggu dirimu online agar aku dapat crita..dan aku xpnah sangka bhawa ini kesudahanya..sumpah aku mnyesal setelah apa yang terjadi..mungkin aku bukan lah sahabat yang baik kerana aku xdapat tunai satu permintaan yang amat mudah ini..Allah Allah Allah ampunkan aku ya Allah.. boleh sahaja kiranya kembalikan lah dirinya sekejap padaku agar aku dapat tunaikan impian nyaa..akan tetapi  aku sedar bahawa dirinya lebih di sayangi olehmu..demi kemuliaan AlQuran yang ada di dadaku..tempatkan lah dirinya dalam kalangan para kekasihmu ya Allah..
  fauzan..menjejak kaki di bumi makkah dan madinah adalah sesuatu yang xdapat di gambarkan dengan mulut dan xdapat di jelaskan dengan kata2..satu persaan yang amat2 takjub dan amat2 menggembirakan hati..bila jejak kaki di masjid nabi air mata aku gugur dengan sendirinya,,xada sesiapa yang paksa aku berbuat begitu..air mata gugur dengan sendri lantaran aku xmmpu nak gambarkan kegembiraan..aku dapat lihat suasana indah masjid nabi..aku dapat rasa betapa peramahnya muslim2 seluruh dunia..betapa peramahnya bangsa nabi yang mnyembut kedatangan kami..masjid yang indah yang penuh dengan muslim2 seluruh dunia..masih ku ingat lagi fauzan..bila ku masuk je dalam masjib nabi..orang2 arab seolah mengalu alukan kedatang aku..membuka lalun saf kepada aku untuk duduk..betapa indahnya budi pekerti mereka..bila aku berada di raudhah nabi kan fauzan,,aku dapat rasa ketenangan yang amat indah yang xpnah ku rasa selama ini..walau ramai orang berebut2 masuk yang mana kadg2 terlanggar aku tapi aku xpnah rasa ia satu gngguan,,kerana hati aku berasa terlalu khusyuk..indahnya wahai fauzan jika kita dapat berada di raudhah nabi..kata ulama antara tempat yang mustajab berdoa ialah di raudhah nabi..dan aku sempat berdoa di situ..antra doa2 aku ialah aku doakan agar semua kawan2 aku pada umurnya penuh dengan kebekatan..fauzan aku harap dirimu tenang di sana
  fauzan..masih aku ingat lagi bila kaki aku jejak kaki di masjid haram..lau kamu nak tahu fuazan..sungguh indah masjid dia tau..amat2 indah..ila aku jejak kaki dalam masjid haram aku ternampak kaabah..aku menangis kegembiraan fauzan..gembira kerana ape yang aku idamkan sudah ada di depan mata..bukan aku sahaja fauzan tapi semua yang lihat kaabah menaglir air mata..hebat ciptaan Allah fauzan..canti indah dan agung..kemudian aku bertawaf..walau banyak pusingan tapi aku xpnah ada rasa lenguh2 bahkan setiap pusingan itu aku berdoa berdoa dan berdoa..aku xpnah rasa letih dan borim..setiap pusingan aku dapat rasa kekuatan aku semakin bertambah..maha hebat Allah ya fauzan..kemudian aku saei..semasa saei itu aku lihat pelbagai manusia fauzan..tapi mereka semua pakai kain ihram sama dengan aku..itu lambang kita semua sama fauzan..saei pom sama..jauh wahai fauzan jaraknya tapi kta ttap kena habiskan..sbb Allah nak bgi kita rasa apa yang ibu hajar kita dulu rasa..walau agak letih tapi fauzan aku dapat rasa sedikit kelainan..ada rasa tenang baru yang masuk dalam badan aku..
  aku masih ingat lagi fauzan bila ada orang arab yang datang bagi air kat aku bila aku mengaji quran..itu lah dia bangsa arab fauzan..dia amat permah dan penuh dngan nilai2 murni..7 hari kemudian aku bertolak pulang..aku sedih aku menangis lama fauzan..sbb hati aku xingin balik..aku mulai sayang pada tanah makkah ini,.sebelum aku balik fauzan..aku sempat kucup hajarul aswad..batu hitam yang ada di hujung kaabah..pertama kali aku sentuh batu itu air mata aku mengalir lagi fauzan..batu yang Allah cita untuk mencuci dosa ummat islam..aku menangis kerana ingat betapa baiknya Allah..tapi aku slalu langgar printah Allah..
  wahai fauzan..aku xdpat teruskan lagi..aku sebak..aku sedih..aku xdapat tahan air mata aku..sesungguhnya aku bukanlah sahabat yang baik kerana aku tidak melayan dirimu dengan baik ketika hayat mu..kini aku menyesal..Allah aku mohon padamu tempatkan lah fauzan dalam kalangan hamba yang soleh..wahai fauzan..aku harap dirimu dapat tahu bahawa aku sayang padamu..aku teramat sayang padamu..aku mntak maaf kerana aku xdapat tunaikan permintaan mu dulu..aku menyesal fauzan.......

Khamis, 9 Februari 2012

manusia yang sabar



Assalamuhu alaikum WBT


   Tiada lah kata2 yang indah melainkan merafatkan puja dan puji kepada pemerintah 7 petala langit dan 7 petala bumi makna kata Allah S.W.T..selawat dan salam terhadap junjungan mulia kekasih agung Allah Nabi Muhammad S.A.W..selamat menyambut bulan maulid junjungan agung Nabi Muhammad S.A.W semoga kita..saya..awak..anda dan kamu2 semua dapat mencontohi sikap dan sifat kekasih agung Allah S.W.T ini..pada hari ini saya ingin mengupas satu daripada sifat junungan besar NAbi Muhammad makna kata sikap penyabar Rasulullah..semoga kita semua dapat mengambil contoh dari sikapnya ini


berfirman Allahta'ala dalam kalam agungya
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu [99], sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.


dan juga dalam hadis Rasulullah
Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "(matan arbaein)


     melalui dua nas di atas..kita sebagai umat islam di anjurkan agar sentiasa bersabar dn juga menahan marah dalam sesuatu perkara..kita sabar dalam bangun seawal pagi untuk solat tahjjud ataw sabar bangun seawal pagi untuk bersolat subuh jemaah dan bukannya bila dengar azan subuh kita masih lagi bersabar dalam kain selimut sambil menunggu waktu yang sesuai untuk bangun..kita sabar bangun mengambil wudhuk dalam kesejukan pagi..dan juga mungkin sabar menahan amarah bila kita di kejut berklali2 oleh kawan kita ataw warden kita ataw ibu ayah kita..kita xmarah2 dalam hati kerana rasulullah berpesan pada sahabat jangan marah jangan marah dan jangan marah..adakah kita ingin engkar pada nasihat rasulullah


    bersempena bulan maulid junjungan agung ini mari lah kita semua anda semua dan sesiapa sahaja membaiki sikap diri kita agar kita boleh menanam sikap sabar dan juga sikap menaham amarah..adakah patut kita marah pada orang yang tegur kesalahan kita..suka menasihati kita bersedekah contoh..menegur kita jangan terlalu nak tunjuk aurat kita..terlalu nk tunjuk kita ada "gewe"..adakah patut kita marah????..septut nya kita menahan amarah dan sabar dalam mendengar nasihat2 itu..kita salah kita terima je la yerrr nasihat2 itu


    sabar dalam menuntut ilmu juga termasuk dalam kategori sabar..kita dah usaha sebanyak yang mampu dan seboleh yang mungkin tapi bila keluar result xseperti yang diharapkan..kita sabar la yerr..jangan mughih2 jangan berputus asa..suka sya gambrkan bahawa himah di sebalik sesuatu ujian itu Allah xakan tunjuk dengan jelas sejelasnya..Allah akan turunkan hikmah itu dengan penuh tersembunyi kerana Allh ingin tengok kesabaran kita..Allah ingin tengok kita menangis di pagi hari atau dalam sujud kita..dan juga Allah ingin kita berfikir dan berfikir dan akhirnya kita akan sedar ini lah hikmah yang Allah dah turunkan kepada kita natijah dari ujian yang lalu..tapi yang xbelajar lasung dan menerima result ngan hati terbuka xtermasuk dalam orang yang sabar yerr bukan orang yang redha pada takdir yeerr..itu dayus  hehehe


   segala yang ku tulis ini adalah tidak lain tidak bukan melainkan ilham dari Allah ta'la..segala yang baik adalah dari Allah jua..yang tersalah yang xbetul itu adalah kerana lemhanya aku kerana kekurangan aku sendri..Wallahua'lam

Ahad, 15 Januari 2012

kita adalah bersaudara

salamullahi alaikum warahmatullhi wabarakatuh

alhamdulillah sejak bulan lepas hingga hari ini..udah lame saya xupdate blog upe2 nyee..agak sibuk dengan minggu baru sem baru tahun bru dan juga mungkin wa insyaAllah azam baru..berfirman Allah dalam surah al hujurat surah yang ke 49..juzu' 16..M/S 515 dan ayat yang ke 10 iaitu :

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.


dan juga hadis nabi iaitu :


Nabi saw bersabda: " Tidak sempurna iman seseorang dari kamu itu, sehingga ia berasa suka saudaranya medapat apa yang disukai untuk dirinya sendiri".

-(HR Bukhari dan Muslim)



  melalui kedua dua nas di atas...saya ingin mengajak sahabat2 sekalian merenung sejenak dan menghisab diri kita sendri adakah kita termasuk dalam dua golongan dia atas..golongan yang pertama adalah golongan yang mendamaikan dua hamba Allah yang bergaduh..dan juga golongan yang kedua makan kata golongan yang menyayangi saudara mereka umpama menyayangi diri sndri..adakah kita sudah termasuk dalam golongan golongan ini atau kita sedang berusaha untuk tergolong sekali dalam kalangan golongan ini..diam sejenak tanya lah hati kecil kamu..jawab lah sendiri
  
  mu'min dengan mu'min yang lain bersaudara..saling merasai..saling menolongi..saling berkasih sayang kerana Allah..jika anda seorang pelajar..anda akan menegur sahabat anda jika dia berbuat salah dan anda tidak akan mencela mencaci akan kekurangan sahabat anda itu..jika anda rakan sekerja anda tidak akan menikam sahabat anda dari belakang..jika anda sahabat dalam fb sekalipun..anda xkan ada rasa ragu2 untuk berkata benar walupun anda akan di block untuk selama lamanya..kenapa saya berkata demikian..adalah kerana kita bersaudara..jika sahabat kita membuat salah..maka kita akan turut serta di persalahkan di akhirat kelak..jika sahabat kita sakit merana maka hati kita turut merana rasa sakit..jika kita tidak merasa sedemikian..maka hati kita sudah rosak..hati kita busuk dengi terhadap saudara kita..


  jika sahabat2 sekalian melihat sahabat yang lain dalam kesusahan maka tolong lah..tinggalkan dulu pekerjaan kamu..keran entah esok entah lusa kamu pula yang berada dalam kesusahan maka..maka sahabat2 yang lain kan tolong kamu pula..Allah itu maha adil..dia akan membalas setiap kebaikan yang kamu lakukan dengan rahmat dan al rahim yang di milikinya..setiap saat setiap detik kamu bersama sahabat..kamu xkan merasai nikmat kemanisan nikmat indah nya bersahabat..akan tetapi bila anda berpisah baru lah anda akan tahu betapa nikmat kemaanisan dalam bersahabat akan terasa..makan tido bersama..bermain bersama sama..pada saat pada waktu anda berpisah ituu lah anda akan merasai kenikmatan dalam bersaudara..


  sebelum saya menutup bicara pada hari ini..saya berharap shabat2 saya sekalian..sayangi lah sahabat2 kamu selepas kamu menyayangi ibu bapa kamu..kerana mungkin dengan kasih sayang kamu terhadap saudara kamu itu makan kamu kan mendapat rahmat Allah ta'ala seterusnya kamu akan memasuki syurga tnpa hisab..Allah Allah Allah...Allahu akbar kabeira..Allahumma amein..........